Oppa oppa oppa~~

Even lagu lama tapi
Asik dengar lagu nih jea
Pastu goyang2 berangan
Bile nk dapat kulit cantik
Badan ramping, suara halus cumel
Macam SNSD group ni
Haishhh..mmg pengaruh dunia btol

Tapi mmg asyik kan
Kali tgk perempuan cantik
Kalo prmpuan pun tgk
Da berangan2, apatah lagi lelaki
Ayuh jom goyang!~~



Read more...

ORANG GUNUNG TUNANG


Tarikh: 21 Nov 2010
Tempat: Kg Kubu Gajah, Sg Buloh
Majlis: Pertunangan Syuhada & Nizam 



Even da lama lepas,
Tapi nak tulis sebagai kenangan
Cop2, nape tulisan nih xbole 
Nak ke tepi. Grrrrrr!


Kitaorg tido umah syu malam tu
Emot dr penang, Lisa dr JB
Aku plak time tu mmg balik umah
So syu, sila terharu! hehe




Malam kejadian. Rasanya dalam pukul 11pm lebih.


 Eh boleh plak tulis kat tepi
Aku yang xreti kea ape nih *tepuk dahi*
Ok pagi tue mcm biasa
Mestila bgn awal
Kata tido umah org hehe
Tido satu katil, 4 org
Best jea, malam2 tdo lambat
Sebab da lama xjumpa
Mestila asik bercerita =)

Alamak gambar kat bawah nih
Abaikan jeala pemandangan
Yang kurang menarik hehe
Yeala da satu bilik sumbat 4 org
Mestila tergantung sana sini ngeh3


Di pagi hari pertunangan. Cece ayat macam aku yang nak tunang. LOL.


Ni antara barang hantaran syu
Kalo tgk dekat2, suwet jea
Syu amik pakej dr Dina Halim
Untuk majlis tunang syu
Akak die yg jadi event planner

Yeala kata da penerbit rancangan TV3
Sure setakat majlis cinonet nih
Takat hujung jari jea hehe

Syu kata, semuapun wat las minit
Baju tempah lagi 2 minggu
Pelamin, katering, hantaran sume2la
Tapi xpea, sb akak die ramai contact
So senang jeala kan hehe


Antara barang hantaran. suwet sgt =)

Hanan, Emot, Shedot dan Lisa. Menyibuk dibilik mak Syu sebelum majlis bermula. 




So pelamin dari Dina Halim
Kalau tgk dekat2 lawa sangat
Kalo tambah kusi, da boleh sanding terus da ngeh3


Suke tgk baju syu
Jeles2 *hentak2 kaki* haha
Simple tapi lawa!
Kakak syu belikan masa pergi Vietnam

Dan berita gembira untuk
Sesiapa yg tinggal kat Parit Buntar
Mesti tau Pasar Vietnam kan
Setiap pagi Isnin dan Jumaat

Masa carik tudung haritu,
Ternampakla beberapa ketol
Kain baju yg mcm syu nih
Harga sgtlaaaaaa ok =)
Tapi kalo g vietnam terus
Mesti lagi byk pilihan HA HA HA

Oh pasar vietnam nih
mmg byk jual baju, tudung
Rasanya, org2 yg beli sume jenis beli borong
Ntah2 pastu jual kat blog keke
Tapi mmg tudung, baju2 kain pasang
Sume jual borong dan murah2!
Best2 bagi sesiapa yg rajin jual2 kat blog
Eh apesal aku membebel pasal pasar vietnam ni. haishhh


Ok mcm biasa,
Lepas abis majlis
Harus tgkap gmbar ramai2



Ok da habis majilis, boleh poya2 tangkap gambar.

 Alamak lupa nk cakap
Nape tajuk ORANG GUNUNG TUNANG
Poyo jea tajuk kan ngeh3
Sebenarnye, Nizam (tunang syu)
Pendaki tegar gunung
So kalo da BF kaki gunung
Harusla GF pun kaki gunung jugakkan =)

U jump, I jump
U panjat gunung, for sure I pun nak ikut! hehe
Walaupun penat giler,  5 6 hari kat gunung
Tapi demi kekasih hati, sanggupp! HA HA HA

Tapi sekarang, bila da kerja
Syu n Nizampun kat Penang
Da xtau nk join kelab mana
Nizam tukar plak
Jadi pemancing tegar

Dulu tiap2 minggu bagi ikan yg sgt byk
Sampai kitaorg ckp
Dahla syu, xlarat asik nk mkn ikan
Bukan ape, pemalas lipas nk siang
Ikan pulak pelik2, besar2 hehe
Memang hebat!
Tapi sb fridge penuh jea dgn ikan
Sampai xbersiang2, so surrender hehe



Tgk2, ada kea Nizam pakai tshirt club. isk2. Sempoi jea hehe. Tapi suwet sebab sama warna. Maka bolehla dimaafkan. Cece aku plak yg sibuk2. Syu xkisahpun sebenarnya, hehe.



Aloloh suwet jea. Kepak kepung kepak kepung


So, panjangnyela aku membebel2 ni
Apepun, insyaallah akhir tahun nih
Dapat mkn free lagi keke
Oh btw, katering syu
Sangatlaaaa sedappp!
Nasi lembut dan mahal, ayam sedap
Sumela sedap hehehe.
Rasa nk bungkus jea!

Read more...

Apa itu Istidraj ?

Baca di blog Aida the pink goddess.
Rasa amat menarik
Manusia mmg mudah lupa
Kerana manusia itu sendiri
Bermaksud pelupa
Makanya, letak di blog ini
Supaya bole sentiasa baca
Dan muhasabah diri sentiasa
Supaya kelak, apabila datangnya senang
Tak lupa untuk bersyukur
Dan berterimakasih kepada yg Maha Esa
Dan apabila ditimpa kesusahan
Tidak mudah berputus asa
Kerana putus asa itu
Hanya untuk orang2 yang
Tidak beriman dan orang kafir
Sentiasa berdoa agar
Dijauhkan dari segala bala dan malapetaka


source:   http://aidathepinkgoddess.blogspot.com/


************************************************************


Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya... ( Muhasabah )

by Abu Hanifah on Friday, December 3, 2010 at 5:25pm

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula

Read more...

S.A.B.A.R.I.T.U.I.N.DA.H

Tak sabar nak balik umah
Nak abiskan sisa2 hidup kat penang
Haha tapi sure rindu giler dgn
Kehidupan yg tenang aman damai kat sini
Kat manala yg bole langgar traffic lite sesuka hati
Makanan murah gilerrr
Tapi apepun rumah sendiri lagi best kan =)


**************************************

 [Dirty Money - Chorus]
I’m coming home
I’m coming home
tell the World I’m coming home
Let the rain wash away all the pain of yesterday
I know my kingdom awaits and they’ve forgiven my mistakes
I’m coming home, I’m coming home
musicjuzz.blogspot.com
tell the World that I’m coming

[Diddy]
Back where I belong, yeah I never felt so strong
(I’m back baby)
I feel like there’s nothing that I can’t try
and if you with me put your hands high
(put your hands high)
If you ever lost a light before, this ones for you
and you, the dreams are for you

I hear “The Tears of a Clown”
I hate that song
I feel like they talking to me when it comes on
another day another Dawn
another Keisha, nice to meet ya, get the math I’m gone
what am I ‘posed to do when the club lights come on
its easy to be Puff, its harder to be Sean
what if the twins ask why I aint marry their mom (why, damn!)
how do I respond?
what if my son stares with a face like my own
and says he wants to be like me when he’s grown
sh-t! But I aint finished growing
another night the inevitible prolongs
another day another Dawn
just tell Taneka and Taresha I’ll be better in the morn’
another lie that I carry on
I need to get back to the place I belong

[Dirty Money - Chorus]

[Diddy - Verse 2]
“A house is Not a Home“, I hate this song
is a house really a home when your loved ones are gone
and n-ggas got the nerve to blame you for it
and you know you woulda took the bullet if you saw it
but oyu felt it and still feel it
and money can’t make up for it or conceal it
but you deal with it and you keep ballin’
pour out some liquor, play ball and we keep ballin’
baby we’ve been living in sin ’cause we’ve been really in love
but we’ve been living as friends
so you’ve been a guest in your own home
it’s time to make your house your home
pick up your phone, come on

[Dirty Money - Chorus]

[Diddy - Verse 3]
“Ain’t No Stopping Us Now“, I love that song
whenever it comes on it makes me feel strong
I thought I told y’all that we won’t stop
we back cruising through Harlem, Viso blocks
it’s what made me, saved me, drove me crazy
drove me away than embraced me
forgave me for all of my shortcomings
welcome to my homecoming
yeah it’s been a long time coming
lot of fights, lot of scars, lot of bottles
lot of cars, lot of ups, lot of downs
made it back, lost my dog (I miss you BIG)
and here I stand, a better man! (a better man)
Thank you Lord (Thank you Lord)

[Dirty Money - Chorus]







Read more...

Tido xlena, mandi xbasah

Dulu dulu 
 Naik gunung
4 5 hari xmandi
Biasa jea 
Masih mampu
Nak senyum2 gelak
Dengan xde perasaan bersalah apatah malu 




busuk2pun masih nk control ayu? xsedar tracksuit da koyak tetas2. anak sapela tu. isk



still nk silang2 kaki bajet ayu. erks. haha  


Tapi sekarang
Nak naik gunungpun
Agaknya da xmampu
Da xfit mcm dulu
SOb sob sob
Nak naik gunung lagi
Rindewwwww (attempt buat suara comel)
Jelesnya!

Read more...

Sembilan Soalan Manusia di Jawab Oleh Al-Quran

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Sahabat yang dirahmati Allah,

Setiap kejadian yang berlaku dimuka bumi dan kepada diri manusia semuanya mengandungi hikmah dan Allah S.W.T. Maha Mengetahui setiap apa yang diciptakan dan ditakdirkan-Nya.



Manusia perlu bersabar dan bertenang dan mencari kebaikan dan hikmah dibalik setiap peristiwa yang berlaku. Dari sinilah akan melahirkan jiwa yang reda dengan Qadak dan Qadar dan bersyukur di atas nikmat dan rahmat daripada Allah S.W.T.



Terdapat sembilan persoalan yang sering dikemukakan oleh manusia kepada Allah S.W.T. dan Dia menjawannya di dalam al-Quran.



Soalan pertama : Kenapa aku diuji?



Quran menjawab : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja

mengatakan , kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut ayat 2-3).



Setiap ujian yang ditimpakan oleh Allah S.W.T. kepada para hamba-Nya sebenarnya Dia ingin mengurniakan sesuatu ganjaran yang lebih besar dan lebih baik. Allah S.W.T. akan menghapuskan dosa-dosanya dan memberi ganjaran pahala yang besar. Di hari akhirat nanti tidak ada balasan yang lebih baik melainkan mendapat balasan syurga.



Soalan kedua : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?



Quran menjawab : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".

(Surah al-Baqarah ayat 216)



Sseungguhnya sesuatu perkara itu hakikat sebenarnya Allah Maha Mengetahui. Baik atau buruk sesuatu perkara itu ianya adalah di dalam ilmu Allah. Yakinilah jika sesuatu doa atau hajat tidak ditunaikan-Nya ada sesuatu yang lebih baik akan diberi Allah S.W.T. sebagai penganti apa yang kita hajatkan. Jika tidak dapat di dunia, nanti di hari akhirat Dia akan memberkannya kepada kita, oleh itu berbaik sangkalah kepada-Nya.



Soalan ketiga : Kenapa ujian seberat ini?



Quran menjawab : "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya".

(Surah al-Baqarah ayat 286)



Allah S.W.T. Maha Mengetahui kemampuan kita sebagai hamba-Nya yang kerdil, oleh itu apa sahaja yang berlaku keatas diri kita sebenarnya masih dibawah kemampuan kita untuk menghadapinya. Anggaplah sesuatu ujian itu dengan fikiran yang positif dan cubalah renungkan bahawa terdapat orang lain yang lebih berat menghadapi ujian daripada kita maka dengan itu akan terasa beban yang ditanggung akan menjadi lebih ringan.



Soalan keempat : Kenapa kita rasa kecewa?



Quran menjawab : "Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman".

(Surah Ali Imran ayat 139)



Yakinlah sifat orang mukmin tidak akan rasa kecewa atau putus asa kerana orang mukmin akan sentiasa reda dengan Qadak dan Qadar. Jika kita merasai kita mulia di sisi Allah S.W.T. kerana kita orang yang beriman dan bertakwa maka akan hilang perasaan negatif ini.



Soalan kelima : Bagaimana harus aku menghadapi kesusahan ini?



Quran menjawab : "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat , dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk".

(Surah al-Baqarah ayat 45)



Benarlah saranan Allah S.W.T. bahawa sifat sabar dan sentiasa mengerjakan solat wajib dan sunat akan membantu orang mukmin ketika dia menghadapi ujian dan kesukaran dalam hidup. Dia akan melapangkan fikiran kita dan melepaskan daripada segala kesusahan ini jika kita istiqamah dengan bersabar dan menjadikan solat kerana solat adalah doa dan munajat para hamba kepada Tuhannya.



Soalan keenam : Kepada siapa aku berharap?



Quran menjawab : "Cukuplah Allah bagiku , tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal".

(Surah at-Taubah ayat 129)



Tidak ada tempat lain untuk kita bergantung dan memohon pengharapan hanya kepada Allah S.W.T. yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tuhan yang mengkabulkan segala doa dan permintaan.



Soalan ketujuh : Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?



Quran menjawab : "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin , diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka".

(Surah at-Taubah ayat 111)



Tidak ada balasan yang paling berharga yang di miliki oleh manusia yang bertakwa melainkan balasan syurga seluas langit dan bumi. Semua ujian yang dihadapai tidak akan sia-sia kerana Allah S.W.T. telah berjanji akan memberikan balasan syurga kepada siapa yang sanggup berjihad dijalan-Nya dengan harta, masa dan nyawa semata-mata mencari keredaan-Nya.



Soalan kelapan : Aku tak tahan dengan ujian ini!



Quran menjawab : "...dan janganlah kamu ber putus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir".

(Surah Yusuf ayat 12)



Orang mukmin tidak akan putus asa dengan rahmat Allah dan sentiasa bersabar dengan ujian yang melanda dirinya kerana sifat orang yang putus asa adalah sifat orang-orang kafir.



Soalan kesembilan : Sampai bila aku akan merana begini?



Quran menjawab : "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan".

(Surah al-Insyirah ayat 5-6)



Benar apa yang dijelaskan oleh al-Quran bahawa setiap kesusahan itu akan ada kebahagiaan . Allah S.W.T. Maha Adil dan tidak pernah menganiaya hamba-hamba-Nya dan akan sampai pula masanya Dia akan memberi pertolongan dan memberi kemudahan. Ingatlah bahawa pertolongan Allah S.W.T. cukup dekat bila kita baik sangka dengan-Nya.



Sahabat yang dimuliakan,

Begitulah sembilan soalan dan semuanya telah diberi jawapan oleh al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran adalah mukjizat daripada Allah S.W.T kepada semua hamba-hamba-Nya. Apabila kita dapat memahami hikmah dibalik semua kejadian di dunia ini, maka hati kita akan menjadi tenang dan yakin dengan janji-janji Allah S.W.T. yang dinyatakan-Nya di dalam al-Quran.



Firman Allah maksudnya : "Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (loh mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah ".

(Surah Al-Hadid ayat 22)



Dalam ayat yang lain Allah berfirman maksudnya : "Tidak luput darpada pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah di bumi atau pun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar daripada itu melainkan (semuanya tercatat) dalam kitab yang nyata (loh mahfuz). "

(Surah Yunus ayat 61)

Sumber Facebook

Read more...

GEMPAR!!

CocaCola recipes has been revealed: there are alcohol and fluids extract from Coca (raw material to manufacture the cocaine drug).. WTF!!!! I have drank a lot of it in my past life!! Deng!!!!!!!




bkn rumours tapi latest news.. google je confirm dpt..and this one direct from the Coke insider.. deng!!



 
_____________________


Kenyataan ini telah di copypaste dari
status FB kawan saya
Makanya selepas ini
Tiada lagi pembelian sebarang air bergas!
Astagfiruallahhalazim..
Macam2 cara yahudi 
untuk menghancurkan umat Islam
Dan salah satu daripadanya 
Melalui pemakanan. 

Read more...

 Selamat pagi semua and sila bergembira dan mempunyai hari yang ceria sentiasa!



MOTIVASI PAGI

1.    A man once asked Thomas Edison "How do I become successful faster?" to which Edison replied "Double your rate of failure"

2. “How soon 'not now' becomes 'never'.”  Martin Luther quotes

3. “Don't wait until everything is just right. It will never be perfect. There will always be challenges, obstacles and less than perfect conditions. So what. Get started now. With each step you take, you will grow stronger and stronger, more and more skilled, more and more self-confident and more and more successful.”
 Mark Victor Hansen quotes

Banyak lagi rasanya
Kata2 semangat yang bole
Halang kita dari sesekali
Rasa nk giveup
Tidak mengapa
Nanti2 kalau terjumpa
Bole tambah lagi
Kata2 semangat yang
Menjadi semangat dan dorongan
Buat pembakar dan motivasi diri

p dot s: rasa sedih dan nak menyesal pada sesuatu benda yg telah
kita buat tu bole. Tapi jangan terlalu lama nk kenang nasib diri.
Hanya buang masa! Jangan lihat apa yg telah kita buat tapi lihat
pada benda yang belum kita lakukan. hiyaaaahhh! *lompat2 cumel*

Read more...

Makan lagi!

sapa suka makan angkat tangan! meh high five sikit!



hahahaha kalau awak rasa awak gemok, jangan sedih kita gemok sesama okay! =D

(http://plagueofhappiness.blogspot.com/ )



tapi..tapi..nape kwn2 aku mkn bykpun xgemuk2...aku sorg jea muncit..cit..cit..cit..arrghhhhh. cisss!. nmpak sgt time mkn xhengat dunia, tapi lepas mkn baru nk menyesal merenung nasib. HA HA HA *nangis*

sebab tue, kalo time tangkap gmbar, kena nyorok2 cikit, lentok2 cikit, sembunyikan ape yg patut. HA HA HA *gelak syaiton*



betol kata org,
nikmat dunyi hanya sementara.
jgnla kita leka mengunyah2 jea...
.hakhakhak.

Read more...

Sedap makan kak?

Apabila ada di antara
Kawan2 yg mengalami sakit
Atau lebih tepat cirit birit
Tentulah dia tiada selera makan bukan
Mangsa sebenar dirahsiakan
Atas sebab2 kemachoan keke


Tapi, percayala
Selepas sihat dan kebah
Nafsu makannye pasti membuak2
Maka sebagai kawan yg baik (atau jg kuat makan)
Menemani kwn yg sakit itu
Ke tempat mkn yg lazat
Satu keperluan dan kewajipan
Ayuh! makan sedap jom *tepuk2 perut*


>>tempat sedap pertama. apepun yg terjadi, gmbr muka sendiri harus tangkap beberapa kali. HA HA HA

  

>> Dan lagi sekali!

>> Sampaila puas hati. even muka pucat tapi tidak mengapa. tiada siapa peduli.


Eh eh eh. kata makan sedap
Tapi mana gmbar makanannye?
Asik gmbr syok sendiri jea. haip!



>> Wafle yg sedap. better dr A&W


>> Kalau setiap hari minum ice lemon tea mcm nih, ahh syurgaa




>> Nasi ayam yg manis. xsesuai dgn pencinta pedas berapi

Sebenarnya, ade 3x  makan kot
Memang bela perut betol
Tapi paling best
Makan mee goreng mamak
Dengan ayam lemon pepper
Kat Nasi Kandar Kapitan
Balik umah, usap2 perut
Xtahu nk rase menyesal ke bahagia
ahh itu semua belakang kira! *gelak syaiton* 





Read more...

Asmah a.k.a semah (5 Februari 2011)

Assalammualaikum pembuka bicara (sempena maulidur rasul, siap ade pembuka bicara lagi =) )

Kejadian ni da lama da
Dua minggu lepas kot
Majlis pertunangan kawan baik
Asmah @ semah di Kamunting Perak
Tapi biasala hampeh
Pemalas lipas nk update. haip!! hehe

Bertolak pagi2 dalam pukul 8 dari rumah
Sampai campur sesat2 dalam 9.15
Sampai2 jea, terus serbu bilik semah
Oh masa tue semah tengah bersusah payah
vakum rumah
Tapi kitaorg bersenang2 dalam bilik petunang
HA HA HA teruk betul
Tapi xdela bersenang2 sgt
Tolong akak2 ipar semah,
Isi doorgif dlm paper beg kat bawah NYUMS!




>> isi doorgif ni byk. best! ade kek lapis, jajan, cawan.


>> hantaran yg sgt byk!. kalo duduk kampung, mesti ade jiran2 mck2 yg akan sponsor hantaran. maka, harusla bersiap sedia dgn kotak hantaran yg lebih. oh bestnye! cube teka sume ade berapa. 24 barang ok! syok2.


Family semah memutuskan
Untuk berbalas hantaran
Sekali sahaja semasa bertunang
Jadi masa kahwin senang
Hany fokus pada kenduri kendara




>> Dot dan semah bersama brg hantaran



>> Tingtong, aku merinduimu. hehe. semah yg tbe2 berubah jadi cun. eh mmg cun pun selalu. *jeles* haha





>> shedot, semah dan syu. oh sahabat!

Ok jumpa nanti
Di majlis kahwin semah
Insyallah awal bulan 6
Yeay, bole makan free lagi
Tapi, sob3..
Mesti semah da xbole berjimba2 sakan lagi
Yeala selepas kahwin kan
Kena taat mengikut kata suami
Tapi sesekali, marilah berjimba
Melupakan diri! hakhakhak

Ok bai!

Read more...

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates Web Design

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP