Petua

Nak simpan petua nih biar senang refer untuk masa hadapan haha

Copy dari blog ceeramoon.

TIPS 1 :  Tips kempiskan perut dalam pantang

Salam kak ceera, congrats sbb dh ada sepasang anak. sy ada baca dlm blog akak yg akak sapu air asam jawa campur kapur utk kempiskan perut lps bersalin kn? Kakak sy baru lps bersalin nk cuba lps sy ckp kat dia. Tp kalau tak kawin lg n nak kempiskan perut boleh guna cara sama ke? Thanks for sharing. Love for keisha n yunnan :-)

Ok, aku jawab sekali harung kat semua yang tanya tru email, komen, fb and twitter.
Sorry kalau aku tak reply, sebab penat nak menjawab banyak kali...

Ni aku buat entry khas untuk pertanyaan korang.
Kalau tak faham jugak kaluuuuu, di alu-alukan untuk tanya di komen bawah ini. Insy aku akan jawab asap. Kata sudah ada komen baru from nuffnangx, sepantas kilat orang tanya... sepantas kilat juga aku jawab.

Sebenarnya, aku dah pernah buat entry pasal kempiskan perut dalam pantang ni 2 tahun yang lepas.. Ini entry nye... Klik saya please...
Tapi aku buat la lagi sekali demi korang semua...

Pertama:
Pakai asam jawa di perut.
Kebaikkannya, ofcoz untuk kempiskan dan buang lendir di dalam perut.

Mula-mula asam jawa tu ko kena masak atas api. Buang biji-biji yang ada. Tambah air sikit kalau terlalu likat. Dan kalau boleh tambah sedikit dengan kapur sirih. Tapi jangan letak terlalu banyak, kang terbakor pula kulit ko. Kapur kan panas. Ko letak dalam setengah sudu je cukup untuk satu paket asam jawa.

Dah sebati semuanya. Tunggu suam-suam dan lumurkan di sekeliling perut.
Kalau boleh buat malam-malam masa nak tidur. Jadi takde la terasa seksa sangat.
Bila dah pakai kat perut, ko barutkan perut yang sudah disapu asam jawa. Barut tu buat sendiri! Buat sejibik macam barut baby tu. Kena usaha sikit la..

Aku biasanya, lepas sapu asam jawa. Pakai barut. Then pakai pula legging yang sampai atas pusat tu untuk lebih selesa. Jadiknya, bila asam jawa tu dah kering, dan bila ko bangun dari tidur. Takde la asam jawa tu bertaburan ke atas katil. Agak seksa okey kalau asam jawa yang kering tu bertabur atas katil and lantai. Dulu, hari-hari aku sapu bilik. Kali ni dah bijok sikit, tak payah dah sapu bilik. Kuikuikui...

Pakai dalam 10 malam.
Nak pakai sampai habis patang pun boleh. Rajin tak rajin ajer lah.
Nak pakai sampai dah rasa perut takbuncit pun boleh.

Kedua:
Pakai asam limau nipis yang dicampur dengan kapur sirih.

Yang ni ko tak payah masak. Yang ni just perah limau, lepas tu letak sikit kapur sirih dan pakai waktu siang setiap kali lepas mandi.
Kalau pagi petang mandi, then pakai la pagi petang.
Pakai satu perut juga, tapi tak perlu sampai keliling perut.

Dan yang ni tak payah sampai berbarut-barut sebab cepat kering. Dia macam bedak sejuk gitu.

Yang ini pun sama jugak. Nak pakai berapa hari ikut suka engkolah!
Engko yang nak kurus kennnn...

Ok kalau sesiapa yang masih bujang atau bukan dalam pantang tapi nak try jugak. Buat sajalah. Tak bagi effect yang -ve pun.

Selamat Mencuba!

Love: Ceera =P



TIPS 2 :  Kecutkan Apa Yang Boleh Di Kecut

Kali ni aku nak kongsi ilmu yang aku ambil dari mak aku.
Cara2 untuk mengecutkan badan secara tradisional tanpa menggunakan jamu2 yang ado.
Kira ko tak perlu keluarkan duit yang banyak untuk buat semua nie.
Menggagau je kat dapur ko tu.
Kalau ada, alhamdulillah... Kalau takde, pergi la kedai runcit sana beli. Bukan mahal pung...

Pertama: Bertungku.
Bertungku sangat penting ye kawan2. Kalau boleh, selama 44 hari tu ko kena bertungku. Tapi now aku tak bertungku ldah Sebab kat umah mertua takde tungku. Rugi 2 minggu aku.. Takpe, balik rumah mak, sambung tungku balik.

Cara2 nak tungku. Mula2, kasik panas itu tungku. Panas gile2 punye. Pastu kasik balut itu tungku supaya kalau kena kat mana2 bahagian badan ko, tidak la melecur. Then, Pepagi dalam kul 8 cam2, letak kat celah kangkang untuk haba2 tungku tu keluar.

Ia elok untuk pengecutan ehem2...
Agak2 dah tak berapa nak panas.. ko tungku la kat bahagian peha dan juga perut. Cara2nye kena tanya yang pakar. Jangan main belasah jer. Bahaya...

Kedua: Mandi air daun2.
Kalau rajin, boleh la buat selama 44 hari.
Macam aku, mak aku larat buat sampai 10 hari jerk...
Daun2 yang aku tau mak aku rebus adalah daun mengkudu dan daun inai. Daun lain aku tak berapa nak cam, sebab eh.. tau2 mak aku dah bagi air rebusan tu untuk aku mandi, ngeh ngeh ngeh...

Best wooo mandi air daun nie. Segar jerk..
Kalau tetek ko sakit semalaman. Besoknye mandi air daun, terus dah tak sakit dah. Kiranye takde la sakit tu hilang begitu saje. Kira ko boleh la tahan lagi sehari untuk kasik anak ko menyusu. Padahal malam tadi, dah nangis2 dah sebab sakit kat nipple.

Mula2 mandi dengan air biasa siap bersabun semua. Dah bersih, baru mandi dengan air daun. Takyah bilas2... biar gitu ajer. Tak melekit pun.

Kebaikan mandi air daun nie; untuk badan jugak la.. kecut2kan apa yang boleh di kecut, haha...

Ketiga: Lumurkan badan anda dengan minyak gamat.
Setiap pagi dan malam ye...
Kasik sapu satu badan ko tu dengan minyak gamat. Kalau mak aku bubuh kat badan aku. Sebotol yang petak tu, 3 hari je boleh abis. Tapi kalau aku bubuh sendiri, mau seminggu baru abis, hehehe....
Nanti ko akan dengar suami ko complain like ciput;
Ciput: B rinduuuuuuuuuuuuu dengan bau ayang...
Nak jawap senang ajer kawan2...
B nak ayang bau minyak 44 hari nie ker? atau B nak badan ayang tak cantik seumur idup?

Compom suami ko akan terima bau minyak ko tu untuk 44 hari... =P
Kebaikan dia: Kurangkan merah2 strecthmark dan kecutkan apa yang boleh dikecut jugak...

Keempat: Perahan limau nipis + Kapur
Ala, kapur yang makan dengan sirih tu, bukan kapur conteng kat papan itam tu ye...

Cara dia: Ko perah limau nipis. Buangkan biji2 yang ada. Lepas tu, bubuh skit kapur tu ke dalam perahan limau. Jangan banyak2 sangat kapur itu ye. Sesedap rasa jerk...

Kebaikan: Kecutkan perut ko la... peha ko ke..
Yang nie semua untuk kecutkan apa2 yang boleh di kecut.

Pakai waktu pagi dan malam. ko sapukan kat bahagian perut, peha dan juga bambam... sapu lite2 sudah. Pas dah sapu pakai la bengkung.

Pakai selama 44hari jugak ye..


Dan yang terakhir dan yang paling hebat sekali adalah asam jawa.
Ko campurkan dengan air skit, sesedap rasa. Jangan kasik cair sangat dan jangan terlalu pekat sangat. Lepas tu, buangkan biji2 yang ada. Dah tu. Ko kasik rebus supaya asam jawa tu panas2 suam.

Lepas dah suam2... ko sapukan kat bahagian perut dan peha.
Pakai waktu malam dalam jam 8lebih gitu.
Dah siap pakai, ko amik la sehelai kain kasik ikat kat perut dan peha. Ala2 barut gitu. Pakai sampai besok pagi.

Tapi hazab jugak la ye kawan2. Sebab ehhhhhhhhh.. besok pagi asal ko bangun je, mesti akan berterabur segala asam jawa yang sudah kering ke lantai. Tak pun masa ko tido, akan berterabur kat atas tilam.

So pepagi lagi, ko dah gigih menyapu kat dalam bilik...

Pakai sampai 10 hari jerk.
Oh masa mula2 aku pakai, perut aku macam 4bulan mengandung okey. Lepas tu kecut skit demi skit dan now, perut aku sudah kembali normal. Tapi buncit tatap ada. Dulu kan aku buncit jugak, huhu~

Ok itu ajer yang aku amalkan buat masa skang.
Kalau uols jenis pantang sendiri di rumah, boleh la try cara2 yang aku cakap nie..
Berbaloi2...

Love: Ceera =P

::puan ungu::  – (October 23, 2012 at 9:17 PM)  

pengalaman aku sendiri pantang lak aku xtahan dengan kapur perah limau tu...gatal-gatal...abis perut ai...huhuhu...elok-elok xde stretch mark terus jadi buruk perut sebab xtahan gatal...huhuhu...last-last mak aku suh sapu losyen mustajab je pastu pki bengkung...hasilnya dalam pantang memang kurus tapi pas pantang naik mencanak..kahkahkah...reason breastfeeding sokmo lapau...hahaha...mandi air daun memang terbaek...best je badan...ngan air suam2 tu kan...mcm2 daun parent in law aku ltk..xtau amende sebab tau2 dah siap je..hehee=)

Syida & Faiz  – (November 19, 2012 at 7:34 PM)  

mantap2 airin hihi..tq for sharing..ni aku copy paste jea untuk reference sendiri kikiki..

Post a Comment

Lorem Ipsum

Our Blogger Templates Web Design

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP